Gaharu telah digunakan sejak turun-temurun, malah ada yang menyatakan bahawa gaharu sudah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk upacara keagamaan dan menjadi bahan asasi dalam pembuatan minyak wangi. Kini produk gaharu banyak digunakan sebagai bahan perubatan, bahan wangian (minyak wangi), bahan bau-bauan (aromaterapi), bahan kosmetik (bedak & krim) dan makanan kesihatan.